Saturday, October 24, 2009

Solat: Antara Keperluan dan kewajipan..


Setiap hari, sekurang-kurangnya kita pasti akan makan. Tidak kisah samada makan secara berat mahupun ringan. Begitu juga dengan rehat. Ada yang berehat panjang sehingga 12 jam sehari dan ada juga yang berehat pendek, mungkin sejam sehari.

Kenapakah kita mesti makan dan berehat?

Jawapan yang paling ketara adalah kerana kita memerlukannya. Badan ini akan lemah sekiranya tidak memperoleh kedua-dua nikmat tersebut. Adakah ianya hanya kerana badan kita memerlukannya, dengan kata lain ianya sebagai "hukum alam", maka baru kita akan makan dan berehat? Sudah tentu tidak. Sekiranya kita hanya berfikir makan dan tidur itu hanya "wajib", sudah tentu kita tidak fussy memilih makanan apa dan tidur sehingga sekurang-kurangnya 6 jam sehari.

Begitu juga dalam mengerjakan solat. Solat itu adalah satu kewajipan yang ditentukan oleh Allah SWT untuk umat Muhammad. Lima kali sehari DIWAJIBKAN bagi umat Muhammad. Kerana ramai dari kalangan umat ini yang merasakan solat itu hanyalah suatu kewajipan semata-mata, maka ramai juga yang melakukan solat tanpa rasa apa-apa. Kerana itu, ada yang solat seperti burung yang mematuk pokok dengan laju.

Tetapi, sekiranya kita memikirkan solat itu adalah suatu keperluan rohani untuk kita, sudah pasti kita akan memilih tempat yang sempurna (paling terbaik adalah di masjid), solat dengan penuh rukun dan tertib, dan yang paling penting adalah tidak tergesa-gesa dalam mengerjakannya.

Kerana itu wahai saudaraku, saya ingin menyeru diri ini dan juga saudara sekalian, marilah sama-sama kita mengIslahkan diri dan memperbetulkan solat Lima Waktu kita.

Jom Solat Berjemaah!