Wednesday, June 17, 2009

Satu ayat untuk semua


Sambil mengulangkaji pelajaran, tiba-tiba saya mendapat satu ilham untuk menulis dalam blog ini. Satu ayat untuk semua saya memilih tajuknya.

Seorang ustaz pernah memberitahu bahawa dalam berdakwah, proses mentarbiyah dan ditarbiyah perlu berjalan seiring. Bermaksud, seseorang itu tidaklah ditarbiyah sehingga membukit tinggi, barulah dia mentarbiyah orang lain. Kerana sekiranya dia diperlakukan demikian, maka lambatlah proses dakwah dijalankan.

Pernah diceritakan pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang lelaki dari satu perkampungan datang berjumpa Rasulullah dan menanyakan soalan. Lelaki itu meminta Rasulullah mengajarkannya tentang Islam. Lalu diberitahu Rasulullah SAW bahawa Islam itu adalah menyembah Allah dan mengakui bahawa Muhammad itu adalah Rasul Allah. Maka pulanglah lelaki itu ke kampung halamannya untuk mengajarkan "agama Islam" kepada penduduk kampungnya.

Begitu juga kisah Mus'ab bin Umair di mana tiada satu pintu rumah yang tidak diketuk melainkan beliau ingin berdakwah kepada penghuni rumah tersebut. Meskipun agama Islam masih tidak lengkap ketika itu, tetapi Mus'ab berjaya mengIslamkan penduduk Madinah.

Kerana itu, ajarkanlah sesiapa sahaja walau sepotong ayat. Kerana, dengan mengajarkan pada orang lain, ia dapat membantu samada anda memahami atau tidak ayat itu. Bukankah mengajarkan pada orang lain ilmu Matematik Tambahan akan menjadikan anda lebih faham tentang permasalahan itu?

No comments:

Post a Comment